Sunday, March 27, 2011

CERITA HATI PENULIS


Menapak kaki di kota yang hiruk pikuk
Mengembuskan nafas di saat aku sampai di perhentian
Melihat dunia di mana dirimu berada
" CINTA...... "

Langkah kaki dengan tergesa-gesa
Tak kuasa hati ingin memeluk mu
Tak tahan lagi mata ini ingin melihat senyum manis bibir mu
Membiarkan hati berkobar-kobar
ingin mengenal diri mu
" CINTA...... "

Waktu berputar mengikuti mata hati
Detak jarum jam seakan memberi ku semangat
Untuk Melepaskan hasrat yang terpendam
Langit tersenyum melihat anak manusia yang jatuh cinta

CINTA....CINTA
Dengan bunga hati aku hadir
Dengan doa dari dewa cinta
kuberanikan kaki cintaku menapak indah di dalam hati mu
Membiarkan nya........
Agar kamu merasakan betapa aku mencintai mu

Cinta.....
Biarkan aku menjadi Mentari untuk menghangatkan mu
Menjadi pelangi yang memberi warna dalam kehidupan mu
Sang bulan menerangi malam kelam mu dan
Bintang-bintang yang menemani mu di saat sedih.

Aku bangga dengan keberanian hatiku
Menapakan jejaknya di dalam hati mu
walaupun..........
Jejak ku tak se sempurna jejak sang "DEWA CINTA"
 
 
 
_nhibmnmabk_ 

BUAT SANG PELANGI PETANG-LOVE IS CINTA

CINTA adalah "Alur Kehidupan" mengalir bagaikan air.Menghiasi kehidupan hati dan perasaan.Biarkan Cinta datang dan menghampiri hati dengan sayap-sayap asmaranya.Cinta akan selalu ada di hati dan hati akan selalu di isi dengan cinta..

 

Kehidupan Dan Cinta


Cinta di balik tirai kehidupan
Bernaung di bawa nafas dan nadi
Saling bertaut di dalam jiwa
Mengalir nuansa suka dan duka di balik wajah

Membelai manis suka duka di saat datang menghampiri
Merasakan " NYA " sampai hati tak merasakan penat
Menenggelamkan hiruk pikuk di sela kedamaian
Aroma cinta bersemi di setiap suara deting kehidupan

Hancur berderai bak kaca
Di saat duri duka mencucuk di antara rasa suka
Membuat hati terdiam,terpaku merasakan keadaan yang ada
Membisu tiada kata yang bisa diungkapkan

Mengharungi kehidupan dengan layar cinta
Menonggak atap kehidupan dengan jati diri "NYA"
Bersama melewati karangan bunga cinta
Telah terukir dengan indah di dalam gerai tabir dunia hati
Tersimpan jelas kenangan kehidupan cinta
Sampai jiwa harus berpisah dengan raga.
_salam syg dari syma_ 

Saturday, March 12, 2011

KENANGAN BERSAMAMU

Alhamdulilliah,akhrnye prgram kem ibdh dis'10 brjye dlakukn dgn lncar yer..Smue brkt skongn,krjsame dri smue phak trutama ajk pi sndri.Tdak lpe jge kpde ustz,mntan2,pokcik2 dsane krana tnpa drongn mreka prgrm ni xkn jaya nya...ummm pnat mmg xbly cite.tpi yg pntg yer keakrban kmi mkin trsrlah dgn ad yer prgrm mcm ni.insyAllah sem dpn kte jmpe lgi mgkn bkn dskayu tpi????kte nntikn..lbih mntap,lbih jaye,lbih mncbar,lbih n lbihhhhh....
time ksih diucpkn kpde POK NIK..u are the bes
-ljnh dsiplin-

Friday, February 18, 2011

QALAM CINTA
Aku ingin..
Menjadi makmum kepada seorang imam,
Aku ingin..
Menjadi sayap kiri kepada seorang khalifah,
Aku ingin..
Menjadi pendengar kepada seorang dae’I,
Aku ingin..
Menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid,
Aku ingin..
Menjadi tulang belakang kepada seorang insan,
Aku ingin..
Memberi cintaku kepda insan yang mencintai diriMu lebih dari segalanya,
Aku tidak perlu apa-apa darimu..
Memadailah dengan hanya secangkir cinta buat penghilang dahaga,
Aku tidak perlu apa-apa darimu..
Memadailah seuntai ikatan kasih buat pengikat kita berdua,
Aku tidak perlu apa-apa darimu..
Memadailah sekuntum sayang buat azimat perangsang diri,
Aku tidak perlu apa-apa darimu..
Memadailah secebis setia buat pengukuh kasih mesra kita,
Aku tidak perlu apa-apa darimu,,
Memadailah seulas senyuman mu buat bekal pengubat rindu,
Aku tidak perlu apa-apa darimu..
Memadailah sehelai gebar hangat darimu buat penyejuk malamku,
Selebih dari itu..
Tidak ku pinta apa-apa lagi darimu..





Mengurat Dan Bercinta Menurut Islam
Tentang cinta(LOVE)
Kerana Cinta,Kita Wujud di dunia
Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat.Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.
Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri. 
Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.
Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.
Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.
Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.
Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.
Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.
Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.
Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890) 
Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.
Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.
Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.
Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain. 
Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.

Saturday, February 12, 2011

Kepuasan kdang2 tdak mmbwa kpda kbagiaan atau kbaikan ssorg..
mse yg mnntukan sgalanya.
Sbut psal kpuasan...
Sudah puaskah anda mngumpat org???
Sudah puaskah anda menghina org???
Sudah puaskah anda mempersendakn org???
Sudah puaskah anda mngejek kkurngan org???
Sudah puaskah anda mntrtawakn org lain???
Sudah puaskh anda mnyakitkn hti org lain???
Sudah puaskah anda mliht org brsedih???
Sudh2 lar,hntikn lar prbuatn anda ini...
Dalam sdar atau tdak..
Tdak smua org dpat mnerima prbuatn anda ini..
Hti org siapa yg thu...
Rnug2kn lar..
Slmt bramal..
p/s SYMAIZATY

Sunday, February 6, 2011

Ibuku buta sebelah mata
Aku benci ibukudia amat memalukanku 
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru untuk menyara keluarga kami
Pada suatu hari semasa di sekolah rendah ibuku datang ke sekolah untuk bertanya khabar
Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini kepadaku
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci kepadanya dan terus lari
Keesokkan harinya salah seorang rakan darjah berkata,
“EEEE, ibumu hanya ada one mata!"
Ketika itu aku hanya ingin membenamkan diriku
Aku juga mahu ibuku hilang dari hidupku
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, akan lebih baik engkau mati saja?!!!"
Ibu hanya berdiam diri!!
Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu
Aku langsung tidak perdulikan akan perasaannya
Aku ingin keluar dari rumah itu
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat
melanjutkan pelajaran ke Singapura
Kemudian aku berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan medapat anak. Aku amat gembira dengan kehidupan ku.
Suatu hari ibuku datang menziarahi ku. Sudah lama dia tidak berjumpa ku dan tidak pernah berjumpa
Bila dia berdiri depan pintu anakku ketawa 
kepadanya
Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau datang kesini dan menakutkan anak aku!"
KELUAR kau DARI SINI SEKARANG!!!
Dengan pantas ibuku memjawap”Maaf, Saya tersilap alamatdan terus menghilangkan diri
Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan pelajar-pelajar lama sampai ke rumah ku
Oleh itu saya telah memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan
Selepas perjumpaan itu, saya telah pergi kerumah usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.
Jiran memberitahu ku yang ibuku telah meninggal
Aku tidak menitis setitik airmata pun!!
Jiran itu telah menyerahkan kepada aku sepucuk surat yang ibuku ingin aku membacanya.. 
Anakku yang dikasihi, Ibu selalu teringatkan kamu setiap masa.
.Aku minta maaf kerana datang ke Singapura dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira kerana kamu akan datang ke perjumpaan pelajar-pelajar lama
Tetapi ibu mungkin tidak dapat bangun untuk berjumpa dengan mu.
Ibu minta maaf kerana sentiasa memalukan kamu
semasa kamu sedang membesar
Kamu mungkin tidak tahu….semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat kemalangan dan hilang satu mata........
Sebagai ibu,ibu tidak sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata..
Oleh itu …ibu memberi salah satu mata ku kepada kamu….
Ibu amat berbangga kerana anak lelaki ku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini
Dengan kasih kepada mu…
. …IBU …
Rasullah s.aw. Bersabda, Dia membertahu kamu supaya taat kepada Allah dan rasulNya sentiasa. Selepas itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu





















  

Monday, January 24, 2011

LELAKI SEJATI
Aku bertanya pada Ibuku, bagaimanakah lelaki
sejati itu ?
Ibuku menjawab, Nak...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang
kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang
disekitarnya....

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang
lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan
kebenaran.....

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah
sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap
bersahabatnya pada generasi muda bangsa...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia
di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia
dihormati didalam rumah...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya
pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami
persoalan...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang
bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya
wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap
wanita yang dicintainya...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah
tanggungjawab
yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia
menghadapi
lika-liku kehidupan...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari rajinnya
membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia
menjalankan apa yang ia baca...



WAHAI WANITA SOLEHAH..
JGN RISAU AKN JODOHMU KRN MUSLIMIN YG BIJAKSANA ITU X KAN TERPAUT PD WANITA HANYA PD KECANTIKAN ,LIRIKAN SENYUMAN,PD BICARA MANJA YG MENNGODA,PD PUJUK RAYU SEORANG WANITA YG MERUNTUHKAN IMANNYA..
" SESUNGGUHNYA LELAKI ITU ADALAH PEMIMPIN KPD WANITA..ANDAI BLM SAMPAI JODOHMU,ANGGAPLAH BAHAWA ADAM YG KAU NANTIKAN ITU SEDANG MEMBINA SAHSIAH KEPIMPINANNYA BG MEMIMPIN DIRIMU..KRN PD WANITA ITU PASTI ADA KEKURANGANNYA & ADAM YG BENAR2 LAYAK PASTI AKAN HADIR UTK MELENGKAPI KEKURANGANMU..AMIN MUDAH2AN ALLAH ANUGERAHKAN SEORANG "IMAM DIHATI"..AMIN YA RABBAL A'LAMIN..:) :) :)

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI. B’usahalah mnJADI yg soleh/solehah i2…pasti akan dtg si soleh/solehah itu.

Wanita :::: Akal Senipis Rambutnya.... Jangankan lelaki biasa, malah nabi pun terasa sunyi tanpa wanita...dan nabilah yang menaikkan kemuliaan wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau pun sudah memiliki segalanya. Apakah yang kurang dan apakah yang tiada didalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan darinya.


Jika mahu mendapatkan yang soleh/ah, kurangkan agenda menCARI si Soleh, dan janganlah cerewet, tetapi berusahalah menJADI yang soleh/ah itu. Bertemu yang soleh/ah, soleh/ah nya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh/ah, solehnya boleh berubah..kerana si soleh/ah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI. berusahalah menJADI yang soleh/ah. pasti akan datang si soleh/ ah itu ^_^