Thursday, January 13, 2011

KATA2 PUJANGGA

Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya” Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh. “Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan” Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan memilih jodoh.

Rasulullah s.a.w bersabda,
"sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikan terhadap hambaNYA, maka dijadikan dosa-dosa terbayang di ruang mata hambaNYA dan jika menghendaki binasanya maka dilupakan akan dosa2nya"benar2 ingin taubat nashuha..

Apabila kita ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kita mungkin akan menjauhinya.... Andai kita ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kita akan membencinya.... Andai kita inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kita mungkin akan memfitnahnya.... Andai kita inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kita mungkin akan menyalahkannya.... Andai kita ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa.... Jangan diharapkan sempurna, Kerana kita juga tidak sempurna...

Hari2 yang berlalu adalh saat biasa..
namun ia pasti bergolak jika ad halangan yg datang..
namun bergitu...
jika keadaan mnjadi sukar ..
kita harus BERSABAR..
dan jika ia memberi GEMBIRA bersyukurlah...
kerana setiap yg datang pasti ad hikmahnya...
Renung2kanlah....

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan"

Kawan..

1) kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..
2) kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..
3) kawan tu bukan macam main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4) kawan tu bukannya macam PAMPERS.. dah pakai, buang..
5) kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6) kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
7) kawan tu bukan macam KERETA. Rosak sikit, jual.. ambik kereta baru..
8) kawan tu bukan juga macam CHIPSMORE.. sekejap ada sekejap takde..
9) kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.
10) lagi.....kawan tu macam apa ye????
Haa..kawan tu mcm AWAK LA.. bila saya hantar message,,, awak akan baca message saya dgn teliti sampai habis.Btul tak???

Walau ape pun tanggapan orang tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yang sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara.
Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kepada kawan-kawannya..

Mencintai Dicintai..

Kebahagiaan bukanlah sesuatu yang mudah kita kecapi, apatah lagi sekiranya kita mengimpikan kebahagiaan yang sejati sepanjang hidup. Ianya amat sukar, namun bukan bererti tiada langsung peluang untuk kita gapai..

Apabila kita bertemu dengan insan yang benar-benar kita sayangi dan kita mengharapkan seribu kebahagiaan yang mungkin kita perolehi daripadanya, mungkin suatu hari nanti dia akan berpaling dan mengecewakan hati kita. Namun, apabila kita dianugerahkan dengan kehadiran seorang insan yang benar-benar menyayangi dan luhur kasihnya pada kita, mungkinkah kita juga akan kasih dan sayang akan dirinya?? Bagaimanakah pula nanti sekiranya kita mengecewakannya? ?

Mahu tidak mahu, kita terpaksa akur akan lumrah alam
percintaan. Pilihan terletak ditangan kita sendiri. Tanyalah pada
sang hati, jangan pula ditanya sang selera atau sang nafsu, kerana keduanya hanya memberi janji palsu kepada kamu kelak...

Tentukanlah pilihan yang kamu pasti bisa menjalaninya. Bak kata
pepatah, "Kalau tidak sanggup dilanda ombak, jangan sesekali berumah di tepi pantai ". Ertinya, andainya anda tidak sanggup menghadapi cabaran jangan sesekali berani mengambil risiko.

Keinginan dan apa jua permintaan kita pasti dituruti apabila
kita memilih untuk disayangi oleh seseorang. Setiap masa dan ketika, hanya akan ada bayangan kita di dalam benak si pencinta. So? Anda mahukan layanan sebegitu? Kalau sudah terdetik kata dihati, "bagus juga disayangi macam ni¡.." , teruskanlah dengan pilihan yang tersebut. Namun, andai kata hati berkata "Boleh ke aku hidup dengan dia??" , Maka hentikanlah daripada terus menerima pilihan untuk disayangi. Khuatir nanti, suatu ketika kita akan mengecewakan hati si pencinta pula.

Andai terdetik dihati untuk mencintai seseorang yang belum
pasti menyayangi kamu sepenuhnya dan belum tentu lagi kamu akan tersenarai dalam "list" pilihan hidupnya, bersiap sedialah teman-teman!!!

Akan ada beribu rintangan di hadapan kamu nanti yang sedia menanti. Namun, andainya kamu jenis yang berani mati demi mempertahankan cinta, teruskanlah dengan pilihan kamu. Teruskanlah dengan pengorbananmu itu dan rebutlah cinta yang kamu impikan..InsyaAllah, ada cahaya yang menanti dihujung perjalanan kamu kelak.

Tiada siapa yang berhak menetapkan pilihan hati kamu, semuanya berbalik kepada diri kamu sendiri. Namun, sedikit tips daripada saya sbgai shabat yg menyayangimu...

"Ikhlaslah bila menerima cinta seseorang yang benar-benar cintakan kita, dan janganlah pula berlebihan mencintai seseorang yang kita belum pasti cintanya untuk kita, dan jangan melebihi cintakan yang lain daripada cinta kita pada yang di Atas dan diri kita sendiri" .....