Friday, February 18, 2011

QALAM CINTA
Aku ingin..
Menjadi makmum kepada seorang imam,
Aku ingin..
Menjadi sayap kiri kepada seorang khalifah,
Aku ingin..
Menjadi pendengar kepada seorang dae’I,
Aku ingin..
Menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid,
Aku ingin..
Menjadi tulang belakang kepada seorang insan,
Aku ingin..
Memberi cintaku kepda insan yang mencintai diriMu lebih dari segalanya,
Aku tidak perlu apa-apa darimu..
Memadailah dengan hanya secangkir cinta buat penghilang dahaga,
Aku tidak perlu apa-apa darimu..
Memadailah seuntai ikatan kasih buat pengikat kita berdua,
Aku tidak perlu apa-apa darimu..
Memadailah sekuntum sayang buat azimat perangsang diri,
Aku tidak perlu apa-apa darimu..
Memadailah secebis setia buat pengukuh kasih mesra kita,
Aku tidak perlu apa-apa darimu,,
Memadailah seulas senyuman mu buat bekal pengubat rindu,
Aku tidak perlu apa-apa darimu..
Memadailah sehelai gebar hangat darimu buat penyejuk malamku,
Selebih dari itu..
Tidak ku pinta apa-apa lagi darimu..





Mengurat Dan Bercinta Menurut Islam
Tentang cinta(LOVE)
Kerana Cinta,Kita Wujud di dunia
Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat.Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.
Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri. 
Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.
Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.
Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.
Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.
Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.
Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.
Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.
Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890) 
Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.
Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.
Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.
Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain. 
Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.

Saturday, February 12, 2011

Kepuasan kdang2 tdak mmbwa kpda kbagiaan atau kbaikan ssorg..
mse yg mnntukan sgalanya.
Sbut psal kpuasan...
Sudah puaskah anda mngumpat org???
Sudah puaskah anda menghina org???
Sudah puaskah anda mempersendakn org???
Sudah puaskah anda mngejek kkurngan org???
Sudah puaskah anda mntrtawakn org lain???
Sudah puaskh anda mnyakitkn hti org lain???
Sudah puaskah anda mliht org brsedih???
Sudh2 lar,hntikn lar prbuatn anda ini...
Dalam sdar atau tdak..
Tdak smua org dpat mnerima prbuatn anda ini..
Hti org siapa yg thu...
Rnug2kn lar..
Slmt bramal..
p/s SYMAIZATY

Sunday, February 6, 2011

Ibuku buta sebelah mata
Aku benci ibukudia amat memalukanku 
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru untuk menyara keluarga kami
Pada suatu hari semasa di sekolah rendah ibuku datang ke sekolah untuk bertanya khabar
Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini kepadaku
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci kepadanya dan terus lari
Keesokkan harinya salah seorang rakan darjah berkata,
“EEEE, ibumu hanya ada one mata!"
Ketika itu aku hanya ingin membenamkan diriku
Aku juga mahu ibuku hilang dari hidupku
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, akan lebih baik engkau mati saja?!!!"
Ibu hanya berdiam diri!!
Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu
Aku langsung tidak perdulikan akan perasaannya
Aku ingin keluar dari rumah itu
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat
melanjutkan pelajaran ke Singapura
Kemudian aku berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan medapat anak. Aku amat gembira dengan kehidupan ku.
Suatu hari ibuku datang menziarahi ku. Sudah lama dia tidak berjumpa ku dan tidak pernah berjumpa
Bila dia berdiri depan pintu anakku ketawa 
kepadanya
Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau datang kesini dan menakutkan anak aku!"
KELUAR kau DARI SINI SEKARANG!!!
Dengan pantas ibuku memjawap”Maaf, Saya tersilap alamatdan terus menghilangkan diri
Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan pelajar-pelajar lama sampai ke rumah ku
Oleh itu saya telah memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan
Selepas perjumpaan itu, saya telah pergi kerumah usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.
Jiran memberitahu ku yang ibuku telah meninggal
Aku tidak menitis setitik airmata pun!!
Jiran itu telah menyerahkan kepada aku sepucuk surat yang ibuku ingin aku membacanya.. 
Anakku yang dikasihi, Ibu selalu teringatkan kamu setiap masa.
.Aku minta maaf kerana datang ke Singapura dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira kerana kamu akan datang ke perjumpaan pelajar-pelajar lama
Tetapi ibu mungkin tidak dapat bangun untuk berjumpa dengan mu.
Ibu minta maaf kerana sentiasa memalukan kamu
semasa kamu sedang membesar
Kamu mungkin tidak tahu….semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat kemalangan dan hilang satu mata........
Sebagai ibu,ibu tidak sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata..
Oleh itu …ibu memberi salah satu mata ku kepada kamu….
Ibu amat berbangga kerana anak lelaki ku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini
Dengan kasih kepada mu…
. …IBU …
Rasullah s.aw. Bersabda, Dia membertahu kamu supaya taat kepada Allah dan rasulNya sentiasa. Selepas itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu